Insurans Am
Dapatkan perlindungan Kemalangan Diri dan Motor melalui GoPayz sekarang. Harga berpatutan dan tiada dokumen rumit.
Sila baca Lembaran Pendedahan Produk ini sebelum anda memutuskan untuk mengambil mana-mana Akaun atau Kad GoPayz (“Perkhidmatan GoPayz”). Sila pastikan juga anda membaca Perjanjian Perkhidmatan GoPayz.
U Mobile Services Sdn. Bhd. No. Pendaftaran 200401034375 (672884-H) (“Kami”)
Perkhidmatan GoPayz
Tarikh: Oktober 2023
1. Apakah Produk Ini?
Kad maya atau fizikal GoPayz, yang merupakan Kad patuh Chip dan PIN EMV, (“Kad”) adalah instrumen pembayaran tanpa tunai yang membenarkan anda untuk membeli barang-barang dan perkhidmatan-perkhidmatan di semua peniaga domestik dan antarabangsa yang menerima cara pembayaran “UnionPay” (“UPI”), VISA, Mastercard dan sebarang skim kad atau operasi pembayaran lain yang kami sertai dari semasa ke semasa. Ianya juga boleh digunakan untuk pengeluaran wang tunai di mana-mana Mesin Juruwang Automatik (“ATM”) yang memaparkan lambang UPI/VISA/Mastercard. Kad ini berfungsi bersama dengan aplikasi mudah alih GoPayz (“Aplikasi GoPayz”) atau laman web GoPayz (“Laman GoPayz”) (secara kolektifnya dikenali sebagai “Aplikasi/Laman GoPayz”). Kad ini juga mempunyai fungsi yang membolehkan anda membayar barang-barang dan perkhidmatan-perkhidmatan dengan meletakkan atau melambai Kad ini di terminal/pembaca tanpa sentuh (“Transaksi Tanpa Sentuh”). Transaksi Tanpa Sentuh yang tidak melebihi RM250 tidak memerlukan nombor pin Kad GoPayz (“PIN”).
Anda dikehendaki untuk menambah nilai Kad ini sebelum membuat pembelian. Anda hanya boleh menggunakan Kad ini mengikut dana sedia ada yang telah dimasukkan terlebih dahulu ke dalam Kad. Ia membolehkan anda menghantar dan menerima wang, menjalankan pembelian dalam talian dan pembelian dalam kedai, membayar bil-bil, menambah nilai kredit prabayar mudah alih, membeli insurans, membuat kiriman wang dan banyak lagi.
2. Apakah yang diperlukan untuk memohon Perkhidmatan GoPayz?
a. Anda adalah seorang warganegara Malaysia atau pemastautin tetap; atau warga asing yang mempunyai pasport yang sah dan mempunyai alamat surat menyurat di Malaysia.
b. Anda mestilah mempunyai nombor telefon mudah alih yang aktif yang didaftarkan di Malaysia.
c. Tiada dokumen pendapatan yang diperlukan dan ia tidak akan dihubungkan dengan mana-mana akaun bank simpanan atau semasa, memandangkan ianya adalah Kad atau produk yang berdiri sendiri.
d. Anda mesti menyediakan dokumen-dokumen pengenalan diri anda dan dokumen-dokumen lain e.g. dokumen-dokumen utiliti, mengambil swafoto anda untuk tujuan pengecaman wajah dan semua langkah lain yang mungkin diperlukan oleh kami dari semasa ke semasa untuk tujuan pengesahan identiti anda (KYC).
e. Anda hanya boleh memohon 1 Perkhidmatan GoPayz pada bila-bila masa menggunakan dokumen pengenalan diri yang dikeluarkan oleh kerajaan seperti yang dikehendaki oleh kami.
f. Jika anda berumur di bawah 18 tahun, anda mesti mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga yang sah untuk menggunakan Perkhidmatan GoPayz dan mengisi borang permohonan atas talian atau dalam aplikasi dengan nama dan nombor ID mereka. Penggunaan Perkhidmatan GoPayz oleh anda menunjukkan kepada kami bahawa anda telah mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada ibu bapa atau penjaga sah anda.
g. Jika anda adalah ibu bapa atau penjaga yang sah kepada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, melalui penggunaan Perkhidmatan GoPayz oleh anak anda :-
i) Anda menerima syarat Perjanjian ini bagi pihak anak anda;
ii) Anda bersetuju bahawa anda tertakluk kepada terma Perjanjian Perkhidmatan GoPayz ini;
iii) Anda bertanggungjawab untuk aktiviti anak anda di Perkhidmatan GoPayz; dan
iv) Anda bersetuju bahawa kami boleh mengumpul, merakam, memegang, menyimpan, mengguna dan mendedahkan maklumat peribadi anak anda untuk tujuan yang perlu dan berkaitan dengan penyediaan Perkhidmatan GoPayz mengikut Notis Privasi kami.
h. Sebarang persetujuan yang perlu diberikan oleh pengguna Perkidmatan GoPayz di bawah Perjanjian Perkidmatan GoPayz akan dianggap telah diberikan oleh ibu bapa atau penjaga sah pengguna yang berumur di bawah 18 tahun.
3. Apa yang saya dapat daripada Produk ini?
a. Akaun Dompet Digital Asas dengan had dompet digital sebanyak RM250 atau Akaun Dompet Digital Premium dengan had dompet digital sebanyak RM5,000, (Akaun GoPayz) seperti yang diluluskan oleh kami untuk anda tertakluk kepada anda berjaya melengkapkan proses KYC.
b. Kad ini sah selama lima (5) tahun seperti yang tertera di atas Kad atau sebarang tempoh sah yang lain bergantung kepada ciri-ciri produk masing-masing.
c. Diterima oleh peniaga-peniaga UPI/VISA/Mastercard di dalam dan luar negara.
d. Kad ini adalah untuk pembelian dalam talian dan transaksi pembayaran pembelian runcit anda.
4. Apakah kewajipan saya?
Anda mestilah:
Anda tidak boleh:
*Klausa-klausa yang dirujuk di atas boleh didapati di dalam Perjanjian Perkhidmatan GoPayz
5. Bagaimana jika saya gagal penuhi kewajipan saya?
Anda akan bertanggungjawab terhadap sebarang transaksi tanpa kebenaran. Anda sebagai pemegang Kad akan bertanggungjawab terhadap apa jua caj yang timbul daripada semua transaksi, sama ada yang dibenarkan atau tidak. Sekiranya anda gagal mematuhi terma-terma dan syarat-syarat Kad tersebut, kami mempunyai hak untuk menamatkan Perkhidmatan GoPayz anda. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian akibat daripada kecuaian anda.
6. Apakah risiko-risiko terbesar?
7. Apakah fi dan caj yang saya perlu bayar?
Butiran | Fi dan Caj* | |
Fi Pengeluaran Kad | RM16.00 untuk setiap kad (hanya dikenakan untuk pelanggan-pelanggan yang memilih untuk pengeluaran kad fizikal) | |
Fi Tambah Nilai (hanya terpakai untuk pusat tambah nilai yang terlibat) |
Perbankan Dalam Talian (FPX) | Tiada caj |
Kad Pembayaran Lain | Tiada caj | |
Razer Cash @ 7-Eleven | RM2.00 untuk setiap transaksi | |
Fi Pengeluaran Tunai (melalui UPI/VISA/Mastercard) |
ATM Tempatan | RM1.00 untuk setiap transaksi |
ATM Luar Negara | RM10.00 untuk setiap transaksi | |
Fi Permohonan Penyata | Penyata Fizikal | RM5.00 untuk setiap salinan |
E-Penyata | Percuma | |
Fi Pertanyaan Baki | RM1.00 untuk setiap transaksi di ATM tempatan dan Luar Negara (pertanyaan yang dibuat melalui Aplikasi/Laman GoPayz adalah percuma) | |
Fi Permintaan/Dapatan Semula Draf Jualan | RM15.00 untuk setiap draf jualan | |
Fi Penukaran Transaksi Luar Negara dan Saudagar Asing | Semua Transaksi Luar Negara dan Transaksi dengan Saudagar Asing (termasuk transaksi dalam talian) akan ditukar kepada Ringgit Malaysia pada kadar penukaran semasa pada hari penukaran tersebut dan caj yang ditentukan oleh Skim Kad serta fi perkhidmatan sebanyak 1% | |
Fi Penggantian Kad | RM16.00 untuk setiap kad fizikal yang dikeluarkan (hanya terpakai kepada sesiapa yang memilih pengeluaran Kad fizikal GoPayz, dan permohonan gantian kad tersebut dimulakan oleh pelanggan akibat hilang, dicuri atau Kad fizikal GoPayz rosak atau pendedahan maklumat Kad fizikal GoPayz kepada pihak ketiga) |
|
Fi Pengendalian Bayaran Balik | Melalui IBG | RM1.10 |
Melalui Pemindahan Telegrafik (TT) | RM21.00 |
*Semua fi dan caj adalah tertakluk kepada Cukai Jualan dan Perkhidmatan Kerajaan, jika berkenaan.
8. Apa yang patut saya buat sekiranya Kad fizikal saya hilang atau dicuri?
Sekiranya Kad fizikal anda hilang atau dicuri, anda boleh dengan secepat mungkin log masuk ke Aplikasi/Laman GoPayz dan pilih “Sekat Kad Ini” untuk menyekat kad tersebut. Secara alternatifnya, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan kami di +6018-388 3388 sekiranya anda perlukan bantuan lanjut.
9. Apa yang patut saya buat sekiranya terdapat perubahan pada butiran peribadi atau butiran kenalan saya?
Adalah menjadi kewajipan anda sebagai pemegang kad untuk maklumkan kepada kami sebarang perubahan di dalam butiran peribadi/butiran perhubungan anda untuk memastikan bahawa semua surat-menyurat sampai kepada anda tepat pada masa. Anda boleh mengubah beberapa maklumat asas melalui Aplikasi/Laman GoPayz. Secara alternatif, sila muat turun dan isi Borang Permohonan Perkhidmatan yang disediakan n di dalam Laman Web GoPayz dan hantar Borang Permohonan Perkhidmatan anda kepada kami di customercare@gopayz.com.my.
10. Di mana saya boleh dapatkan maklumat lanjut berkenaan produk ini?
a. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, aduan atau memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi kami di:
Perkhidmatan Pelanggan: +6018-388 3388; atau
Emel: customercare@gopayz.com.my; atau
Laman web: www.gopayz.com.my
b. Sekiranya pertanyaaan atau aduan anda tidak diselesaikan dengan memuaskan oleh kami, anda boleh rujuk perkara tersebut ke:
Pusat Perkhidmatan Pelanggan (BNMLINK) | Pusat Perhubungan (BNMTELELINK) | Ombudsman untuk Perkhidmatan Kewangan |
---|---|---|
Ground Floor, D Block, Jalan Dato' Onn 50480 Kuala Lumpur Waktu Operasi: 9am - 5pm (Isnin - Jumaat) |
Bank Negara Malaysia P.O. Box 10922 50929 Kuala Lumpur Tel: 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK) (Luar Negara: +603-2174 1717) Faks: +603-2174 1515 Emel: bnmtelelink@bnm.gov.my SMS: 15888 Waktu Operasi: 9am – 5pm (Isnin - Jumaat) |
Level 14, Main Block, Menara Takaful Malaysia No 4, Jalan Sultan Sulaiman 50000 Kuala Lumpur Tel: +603-2272 2811 Emel: enquiry@ofs.org.my Waktu Operasi: 8.30am – 5.30pm (Isnin - Jumaat) |
NOTA PENTING:
Di dalam keadaan terdapat percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
Maklumat yang terkandung di dalam lembaran pendedahan ini sah daripada Oktober 2023 sehingga notis lanjut.
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}