{ "hideAfter": true, "hideGeneralNotification": false, "rotationTimer": 0, "importantNotificationList": 0 }

Muka baharu aplikasi GoPayz, alami semua dalam satu klik.

Muka baharu aplikasi GoPayz, alami semua dalam satu klik.

{ "serviceUrlSearchSuggestion": "/content/gopayz/bm/jcr:content/header.suggestions", "searchResultPagePath": "/content/gopayz/bm/search-results.html" }

Terma & Syarat

{ "searchResultPagePath": "#", "serviceUrlSearchSuggestion": "/content/gopayz/bm/support/terms-and-conditions/jcr:content/iparsys-1/layout_container/background_copy_copy/background-content/layout_container_cop/search_textbox_copy__718148769.suggestions" }
{ "dropdownFaqProperties": [ { "title": "Soalan Lazim", "value": "faqs", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs.html", "isGroupLabel": true, "childList": [ { "title": "Mendaftar", "value": "signing-up", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/signing-up.html" }, { "title": "Pertukaran Mata Wang Online", "value": "online-currency-exchange", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/online-currency-exchange.html" }, { "title": "Tips Keselamatan", "value": "security-tips", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/security-tips.html" }, { "title": "GoTakaful", "value": "gotakaful", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/gotakaful.html" }, { "title": "Insurans Kemalangan Peribadi GoInsure", "value": "goinsure-personal-accident-insurance", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/goinsure-personal-accident-insurance.html" }, { "title": "Keselamatan", "value": "security", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/security.html" }, { "title": "Pengesahan Identiti", "value": "verifying-identity", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/verifying-identity.html" }, { "title": "Tambah Nilai", "value": "topping-up", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/topping-up.html" }, { "title": "Mendapatkan Kad GoPayz Saya", "value": "getting-my-gopayz-card", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/getting-my-gopayz-card.html" }, { "title": "GoLife Plus", "value": "golife-plus", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/golife-plus.html" }, { "title": "Isu Tambah Nilai", "value": "top-up-concerns", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/top-up-concerns.html" }, { "title": "Menambah Kad Pembayaran Lain", "value": "adding-other-payment-cards", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/adding-other-payment-cards.html" }, { "title": "Pindahan Dana", "value": "transfers-of-fund", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/transfers-of-fund.html" }, { "title": "GoPointz", "value": "gopointz", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/gopointz.html" }, { "title": "Pengeluaran Wang Tunai", "value": "cash-withdrawals", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/cash-withdrawals.html" }, { "title": "Pembayaran Kad", "value": "card-payments", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/card-payments.html" }, { "title": "Transaksi E-Dagang", "value": "e-commerce-transaction", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/e-commerce-transaction.html" }, { "title": "Penggunaan Kad", "value": "card-usage", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/card-usage.html" }, { "title": "Pembayaran Tanpa Sentuh", "value": "contactless-payment", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/contactless-payment.html" }, { "title": "Batalkan Akaun Saya", "value": "cancelling-my-account", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/cancelling-my-account.html" }, { "title": "Penamatan Akaun GoPayz", "value": "gopayz-account-termination", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/gopayz-account-termination.html" }, { "title": "Mengubah Butiran Profil", "value": "change-profile-details", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/change-profile-details.html" }, { "title": "Kadar Pertukaran", "value": "exchange-rates", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/exchange-rates.html" }, { "title": "Kehilangan atau Kecurian Kad", "value": "lost-or-stolen-card", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/lost-or-stolen-card.html" }, { "title": "Hubungi Kami", "value": "contact-us", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/contact-us.html" }, { "title": "International Airtime Top Up", "value": "international-airtime-transfer", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/international-airtime-transfer.html" }, { "title": "Kad Prabayar Visa GoPayz-MAIPk (Ta'awun)", "value": "gopayz-maipk-visa-prepaid-card-ta-awun", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/gopayz-maipk-visa-prepaid-card-ta-awun.html" }, { "title": "Tap & Bayar", "value": "tap-and-pay", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/tap-and-pay.html" }, { "title": "Kiriman Wang", "value": "remittance", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/remittance.html" }, { "title": "GoInsure Travel", "value": "goinsure-travel", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/goinsure-travel.html" }, { "title": "GoInsure Motor", "value": "goinsure-motor", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/goinsure-motor.html" }, { "title": "Kekayaan", "value": "wealth-management", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/wealth-management.html" }, { "title": "Zakat", "value": "zakat", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/zakat.html" }, { "title": "Imbas & Bayar", "value": "scan-and-pay", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/scan-and-pay.html" }, { "title": "Kempen E-baucer Percuma", "value": "gopayz-free-e-vouchers-and-300-gopointz-giveaway-campaign", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/gopayz-free-e-vouchers-and-300-gopointz-giveaway-campaign.html" }, { "title": "Telefon & Internet", "value": "phone-and-internet", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/phone-and-internet.html" }, { "title": "Hiburan", "value": "entertainment", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/entertainment.html" }, { "title": "Pengangkutan", "value": "transport", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/transport.html" }, { "title": "Utiliti", "value": "utilities", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/utilities.html" }, { "title": "GoGold", "value": "gogold", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/gogold.html" }, { "value": "Kempen-Zakat-Hujung-Tahun-GoPayz-MAIPk", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/Kempen-Zakat-Hujung-Tahun-GoPayz-MAIPk.html" }, { "title": "UntONG Sama-Sama dengan GoPayz", "value": "untong-sama-sama-faq", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/untong-sama-sama-faq.html" }, { "title": "Kempen Daftar GoPayz & Dapatkan RM5 FAQ", "value": "Kempen-Daftar-GoPayz-Dapatkan-RM5-FAQ", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/Kempen-Daftar-GoPayz-Dapatkan-RM5-FAQ.html" }, { "title": "Kempen Ada GoPayz, Raya Tak GoPoh", "value": "Kempen-Ada-GoPayz-Raya-Tak-GoPoh", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/Kempen-Ada-GoPayz-Raya-Tak-GoPoh.html" }, { "title": "Kempen Peraduan Sosial Melancong bersama GoPayz", "value": "GoPayzTravelSocialContestCampaign", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/GoPayzTravelSocialContestCampaign.html" } ] }, { "title": "Terma & Syarat", "value": "terms-and-conditions", "url": "/content/gopayz/bm/support/terms-and-conditions.html", "isGroupLabel": true, "childList": [ { "title": " Terma Penggunaan Aplikasi Dan Laman GoPayz", "value": "gopayz-app-and-web-terms-of-use", "url": "/content/gopayz/bm/support/terms-and-conditions/gopayz-app-and-web-terms-of-use.html" }, { "title": "Notis Privasi", "value": "privacy-notice", "url": "/content/gopayz/bm/support/terms-and-conditions/privacy-notice.html" }, { "title": "Perjanjian Perkhidmatan GoPayz ", "value": "gopayz-service-agreement1", "url": "/content/gopayz/bm/support/terms-and-conditions/gopayz-service-agreement1.html" }, { "title": " Lampiran 1 - Terma dan Syarat Khusus untuk Kad Prabayar Visa GoPayz-MAIPk", "value": "specific-terms-and-conditions-for-gopayz-maipk-visa-prepaid-card", "url": "/content/gopayz/bm/support/terms-and-conditions/specific-terms-and-conditions-for-gopayz-maipk-visa-prepaid-card.html" }, { "title": "Lembaran Pendedahan Produk ", "value": "product-disclosure-sheet-pds1", "url": "/content/gopayz/bm/support/terms-and-conditions/product-disclosure-sheet-pds1.html" }, { "title": "Lembaran Pendedahan Produk - VISA GoPayz-MAIPk ", "value": "product-disclosure-sheet-pds-gopayz-maipk-visa1", "url": "/content/gopayz/bm/support/terms-and-conditions/product-disclosure-sheet-pds-gopayz-maipk-visa1.html" } ] }, { "title": "Keselamatan", "value": "safety-and-security", "url": "/content/gopayz/bm/support/safety-and-security.html", "isGroupLabel": true, "childList": [] } ], "dropdownDefault": "/content/gopayz/bm/support/terms-and-conditions/product-disclosure-sheet-pds-gopayz-maipk-visa1.html", "breadCrumbs": [ { "title": "Terma & Syarat", "url": "/content/gopayz/bm/support/terms-and-conditions.html" } ] }

Sila baca Lembaran Pendedahan Produk ini sebelum anda memutuskan untuk mengambil mana-mana Akaun atau Kad GoPayz (“Perkhidmatan GoPayz”). Sila pastikan juga anda membaca Perjanjian Perkhidmatan GoPayz.

 

 

U Mobile Services Sdn. Bhd. No. Pendaftaran 200401034375 (672884-H) (“Kami”)

Kad Prabayar VISA GoPayz-MAIPk

Tarikh: Jun 2022

1.  Apakah Produk Ini?
 

Kad Prabayar VISA GoPayz-MAIPk maya atau fizikal, yang mana merupakan Chip dan kad patuh PIN EMV, (“Kad”) adalah instrumen pembayaran tanpa tunai yang membenarkan anda untuk membeli barang-barang dan perkhidmatan-perkhidmatan di semua peniaga domestik dan antarabangsa yang menerima cara pembayaran VISA, dan sebarang skim kad lain atau operasi pembayaran yang kami sertai dari semasa ke semasa. Ianya juga membolehkan pengeluaran wang tunai di mana-mana Mesin Juruwang Automatik (“ATM”) yang memaparkan lambang VISA. Kad ini berfungsi bersama dengan aplikasi mudah alih GoPayz (“Aplikasi GoPayz”) atau laman web GoPayz (“Laman GoPayz”) (secara kolektifnya dikenali sebagai “Aplikasi/Laman GoPayz”). Kad ini juga datang dengan fungsi yang membolehkan anda membayar barang-barang dan perkhimatan-perkhidmatan dengan meletakkan atau melambai kad ini di terminal/pembaca tanpa sentuh (“Transaksi Tanpa Sentuh”). Transaksi Tanpa Sentuh yang tidak melebihi RM250 tidak memerlukan nombor pin Kad GoPayz (“PIN”).
 

Anda dikehendaki untuk menambah nilai Kad ini sebelum membuat pembelian. Anda hanya boleh menggunakan Kad ini mengikut dana sedia ada yang telah dimasukkan terlebih dahulu ke dalam Kad. Ia membolehkan anda menghantar dan menerima wang, menjalankan pembelian atas talian dan pembelian dalam kedai, membayar bil-bil, menambah nilai kredit prabayar mudah alih, membeli insurans, membuat kiriman wang dan banyak lagi.

 

 2. Apakah yang diperlukan untuk memohon Perkhidmatan GoPayz?
 

a. Anda adalah seorang  warganegara Malaysia atau pemastautin tetap; atau warga asing yang mempunyai pasport yang sah dan mempunyai alamat surat menyurat di Malaysia. 

b. Anda mestilah mempunyai nombor telefon mudah alih yang aktif yang didaftarkan di Malaysia.

c. Tiada dokumen pendapatan yang diperlukan dan ia tidak akan dihubungkan dengan mana-mana akaun bank simpanan atau semasa, memandangkan ianya adalah Kad atau produk yang berdiri sendiri.

d. Anda mesti menyediakan dokumen-dokumen pengenalan diri anda dan dokumen-dokumen lain seperti dokumen-dokumen utiliti yang mungkin kami perlukan untuk tujuan pengesahan.

e. Anda hanya boleh memohon 1 Perkhidmatan GoPayz pada bila-bila masa menggunakan dokumen pengenalan diri yang dikeluarkan oleh Kerajaan seperti yang dikehendaki oleh kami.

f. Jika anda berumur di bawah 18 tahun, anda mesti mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga yang sah untuk menggunakan Perkhidmatan GoPayz dan mengisi borang permohonan atas talian atau dalam aplikasi dengan nama dan nombor ID mereka. Penggunaan Perkhidmatan GoPayz oleh anda menunjukkan kepada kami bahawa anda telah mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada ibu bapa atau penjaga sah anda.

g. Jika anda adalah ibu bapa atau penjaga yang sah kepada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun,  melalui penggunaan Perkhidmatan GoPayz oleh anak anda :-

i) Anda menerima syarat Perjanjian ini bagi pihak anak anda;

ii) Anda bersetuju bahawa anda tertakluk kepada terma Perjanjian Perkhidmatan GoPayz ini;

iii) Anda bertanggungjawab untuk aktiviti anak anda di Perkhidmatan GoPayz; dan

iv) Anda bersetuju bahawa kami boleh mengumpul, merakam, memegang, menyimpan, mengguna dan mendedahkan maklumat peribadi anak anda untuk tujuan yang perlu dan berkaitan dengan penyediaan Perkhidmatan GoPayz mengikut Notis Privasi kami.

h. Sebarang persetujuan yang perlu diberikan oleh pengguna Perkidmatan GoPayz di bawah Perjanjian Perkidmatan GoPayz akan dianggap telah diberikan oleh ibu bapa atau penjaga sah pengguna yang berumur di bawah 18 tahun.

 

3.  Apa yang saya dapat daripada Produk ini?
 

  • Akaun Dompet Digital Asas dengan had dompet digital RM2,999 atau Akaun Dompet Digital Premium dengan had dompet digital sebanyak RM5,000, (“Akaun GoPayz”) seperti yang diluluskan oleh kami untuk anda (tertakluk kepada penyerahan dokumen-dokumen yang diperlukan melalui Aplikasi/Laman GoPayz, termasuk tetapi tidak terhad kepada dokumen pengenalan anda).
  • Kad ini sah selama lima (5) tahun seperti yang tertera di atas Kad atau sebarang tempoh sah yang lain bergantung kepada ciri-ciri produk masing-masing.
  • Diterima oleh peniaga-peniaga VISA di dalam dan luar negara.
  • Kad ini boleh digunakan untuk pembayaran transaksi pembelian anda secara dalam talian dan secara runcit di kedai.
  • Anda berhak menerima GoPointz untuk sebarang Transaksi yang melibatkan pembayaran zakat, wakaf dan derma MAIPk menggunakan Kad melalui Aplikasi/Laman GoPayz atau di mana-mana terminal GoBiz atau kios pembayaran yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak ("MAIPk") atau untuk sebarang Transaksi lain yang mungkin ditentukan oleh kami dari masa ke semasa.
  • GoPointz yang diperoleh melalui penggunaan Kad anda boleh digunakan untuk pembayaran zakat, wakaf, derma MAIPk dan menebus pelbagai ganjaran dari peniaga-peniaga yang mengambil bahagian melalui Perkhidmatan GoPayz.
  • Kad ini tidak boleh digunakan bagi Transaksi yang dilakukan di kategori peniaga berikut:

    • pusat minuman keras (minuman beralkohol) – bar, kelab malam, koktel ruang istirehat, dan disko;
    • kedai pakej - bir, wain, minuman keras;
    • kedai dan gerai menjual cerut;
    • perkhidmatan temu janji;
    • rumah urut;
    • pelbagai perkhidmatan peribadi (tidak dikelaskan di tempat lain);
    • loteri milik kerajaan;
    • kasino dalam talian;
    • lumba kuda/anjing;
    • pertubuhan biliard dan pool;
    • perjudian, termasuk tiket loteri, cip permainan kasino, perjudian di luar landasan, dan pertaruhan di litar lumba; atau
    • mana-mana peniaga-peniaga lain yang akan dimaklumkan oleh kami dari masa ke semasa.

  • GoPointz yang dikumpulkan (minimum 125 GoPointz atau jumlah yang ditentukan oleh kami dari masa ke semasa) akan ditukar dan disumbangkan secara automatik ke dana wakaf MAIPk setiap setengah tahun mengikut tahun kalendar. Anda akan dimaklumkan 21 hari sebelum tarikh penukaran sekiranya anda ingin menebus atau menggunakan GoPointz anda untuk Perkhidmatan GoPayz atau perkhidmatan lain yang sedia ada.

 

4. Apakah kewajipan saya?
 

Anda mestilah: 

  • Memuat turun Aplikasi GoPayz sama ada daripada Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery sahaja dan tidak daripada lain-lain sumber yang tidak diluluskan (klausa 12.1(b));
  • Memastikan telefon mudah alih anda bersesuaian dengan Perkhidmatan GoPayz pada setiap masa (klausa 12.1(c));
  • Memastikan bahawa anda tidak menggunakan Aplikasi GoPayz pada sebarang peranti yang telah diubahsuai secara haram atau sebarang peranti yang telah diubahsuai (Clause 12.1.(d));
  • Bertanggungjawab sepenuhnya untuk integriti semua maklumat dan data yang dihantar atau diperolehi melalui penggunaan Perkhidmatan GoPayz (klausa 12.1(e));
  • Memastikan bahawa semua transaksi melalui Akaun GoPayz atau Kad dilakukan oleh anda (klausa 12.1 (f));
  • Mengambil segala penjagaan dan langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk mengelakkan kehilangan atau kecurian terhadap Kad fizikal dan memaklumkan kami sekiranya Kad fizikal anda telah hilang atau dicuri (klausa 5.2(h));
  • Memastikan bahawa sebarang transaksi luar negara yang dilakukan melalui Perkhidmatan GoPayz tidak melanggar undang-undang yang wujud di negara berlakunya transaksi tersebut dan mematuhi semua undang-undang yang terpakai (klausa 9.1(b) dan (c));
  • Memastikan keselamatan Kad dan kerahsiaan PIN tersebut (klausa 12.1(i));
  • Hanya menerima dana melalui Akaun GoPayz anda daripada sumber-sumber atau aktiviti-aktiviti yang sah (klausa 12.1(k));
  • Mengemaskini dengan segera butir-butir anda melalui Aplikasi/Laman GoPayz atau memaklumkan kami secara bertulis sekiranya terdapat apa-apa perubahan pada butiran-butiran anda (klausa 12.1(m));
  • Maklumkan kami sekiranya anda menyedari terdapat kesilapan atau percanggahan di dalam Akaun GoPayz anda dalam 14 hari daripada tarikh anda melakukan transaksi melalui Akaun GoPayz anda (klausa 15.2); dan
  • Memberikan kami butiran akaun bank yang betul dan sebarang maklumat lain yang mungkin kami perlukan untuk melakukan bayaran balik Baki Akaun Dompet (selepas menolak apa-apa Fi Pengendalian Pulangan Balik dan jumlah lain yang terhutang kepada kami) selepas penamatan Akaun GoPayz anda. Pulangan Balik tersebut akan dilaksanakan dalam masa empat belas (14) Hari Bekerja selepas kami menerima maklumat yang berkenaan tersebut. Semua caj bank yang dikenakan oleh bank anda akan ditanggung oleh anda (Klausa 17.5(c) dan 17.6(a)).
     

Anda tidak boleh: 

  • Membenarkan atau memberi kuasa kepada pihak ketiga untuk menggunakan Akaun GoPayz atau Kad anda atau untuk tujuan-tujuan yang tidak dibenarkan (klausa 12.1(g));
  • Memindah milik, menjual, mengedar atau mengeluarkan semula Kad anda dan anda mestilah mengambil segala langkah berjaga-jaga untuk mengelak daripada kehilangan, kecurian, atau salahguna Kad tersebut (klausa 12.1(h));
  • Mencuba untuk mengguna Akaun GoPayz atau sebarang tawaran-tawaran yang dibuat di bawah Akaun GoPayz untuk apa-apa tujuan selain daripada yang dinyatakan atau yang ditawarkan oleh kami (klausa 12.1(j));
  • Memfraud, menghantar atau “spam” sistem GoPayz, memanipulasi Perkhidmatan GoPayz atau mencuba mendapatkan apa-apa keuntungan daripada fraud atau yang menyalahi undang-undang di bawah Perkhidmatan GoPayz (klausa 12.1(l)); dan
  • Menggunakan Perkhidmatan GoPayz untuk sebarang aktiviti-aktiviti yang dilarang dan menyalahi undang-undang (klausa 12.1(n)).
     

*Klausa-klausa yang dirujuk di atas boleh didapati di dalam Perjanjian Perkhidmatan GoPayz

 

5. Bagaimana jika saya gagal untuk memenuhi kewajipan saya?
 

Anda akan bertanggungjawab terhadap sebarang transaksi tanpa kebenaran. Anda sebagai pemegang Kad akan bertanggungjawab terhadap apa jua caj yang timbul daripada semua transaksi, sama ada yang dibenarkan atau tidak. Sekiranya anda gagal mematuhi terma-terma dan syarat-syarat Kad tersebut, kami mempunyai hak untuk menamatkan Perkhidmatan GoPayz anda. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian akibat daripada kecuaian anda.

 

6. Apakah risiko-risiko terbesar?
 

Kad fizikal anda dicuri atau hilang atau butiran log masuk ke Akaun GoPayz anda dikompromi. Anda akan tetap bertanggungjawab terhadap segala kerosakan, kehilangan, Kad tidak berfungsi atau kecurian Kad atau dana-dana untuk sebarang transaksi penipuan, termasuk tambah nilai e-wang yang tidak sah akibat dari kecurian atau kehilangan Kad atau butiran log masuk ke Akaun GoPayz anda dikompromi. Anda hendaklah memaklumkan kepada kami secepat mungkin selepas menyedari bahawa Kad anda dicuri atau hilang atau butiran log masuk anda dikompromi.

7. Apakah fi dan caj yang saya perlu bayar?

Butiran Fi dan Caj*
Fi Pengeluaran Kad RM16.00 untuk setiap kad (hanya dikenakan untuk pelanggan-pelanggan yang memilih untuk pengeluaran kad fizikal)

Fi Tambah Nilai (hanya terpakai untuk pusat tambah nilai yang terlibat)

Perbankan Dalam Talian (FPX) Tiada caj
Kad Pembayaran Lain Tiada caj
Razer Cash @ 7-Eleven RM2.00 untuk setiap transaksi

Fi Pengeluaran Tunai (melalui VISA)

ATM Tempatan RM1.00 untuk setiap transaksi
ATM Luar Negara RM10.00 untuk setiap transaksi
Fi Permohonan Penyata Penyata Fizikal RM5.00 untuk setiap salinan
E-Penyata Percuma
Fi Pertanyaan Baki RM1.00 untuk setiap transaksi di ATM tempatan dan Luar Negara (pertanyaan yang dibuat melalui Aplikasi/Laman GoPayz adalah percuma)
Fi Permintaan/Dapatan Semula Draf Jualan RM15.00 untuk setiap draf jualan
Fi Penukaran Transaksi Luar Negara dan Saudagar Asing Semua Transaksi Luar Negara dan Transaksi dengan Saudagar Asing (termasuk transaksi dalam talian) akan ditukar kepada Ringgit Malaysia pada kadar penukaran semasa pada hari penukaran tersebut dan caj yang ditentukan oleh Skim Kad serta fi perkhidmatan sebanyak 1%
Fi Penggantian Kad

RM16.00 untuk setiap kad fizikal yang dikeluarkan

(hanya terpakai kepada sesiapa yang memilih pengeluaran Kad fizikal GoPayz, dan permohonan gantian kad tersebut oleh pelanggan akibat hilang, dicuri atau Kad fizikal GoPayz rosak atau pendedahan maklumat Kad fizikal GoPayz kepada pihak ketiga)

Fi Pengendalian Bayaran Balik Melalui IBG RM1.10
Melalui Pemindahan Telegrafik (TT) RM21.00

*Semua fi dan caj adalah tertakluk kepada Cukai Jualan dan Perkhidmatan Kerajaan, jika berkenaan.

8.   Apa yang patut saya buat sekiranya Kad fizikal saya hilang atau  dicuri?
 

Sekiranya Kad fizikal anda hilang atau dicuri, anda boleh dengan secepat mungkin log masuk ke Aplikasi/Laman GoPayz dan pilih “Sekat Kad Ini” untuk menyekat kad tersebut. Secara alternatifnya, sila hubungi Khidmat Pelanggan kami di +6018-3883388 sekiranya anda perlukan bantuan lanjut.

9.  Apa yang patut saya buat sekiranya terdapat perubahan pada butiran peribadi atau butiran kenalan saya?

 

Adalah menjadi kewajipan anda sebagai pemegang kad untuk maklumkan kepada kami sebarang perubahan di dalam butiran peribadi/butiran perhubungan anda untuk memastikan bahawa semua surat-menyurat sampai kepada anda tepat pada masa. Anda boleh mengubah beberapa maklumat asas melalui Aplikasi/Laman GoPayz. Secara alternatif, sila muat turun dan isi Borang Permohonan Perkhidmatan yang disediakan di dalam Laman Web GoPayz dan hantar Borang Permohonan Perkhidmatan anda kepada kami di customercare@gopayz.com.my.

10.  Di mana saya boleh dapatkan maklumat lanjut berkenaan produk ini?
 

a.  Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di:

Perkhidmatan Pelanggan: +6018-388 3388; atau
Emel: customercare@gopayz.com.my; atau
Laman web: www.gopayz.com.my



b.  Sekiranya pertanyaan atau aduan anda tidak diselesaikan dengan memuaskan oleh pihak kami, anda boleh rujuk perkara tersebut ke:

Pusat Perkhidmatan Pelanggan (BNMLINK) Pusat Perhubungan (BNMTELELINK) Ombudsman untuk Perkhidmatan Kewangan
Ground Floor, D Block,
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 9pg - 5ptg (Isnin - Jumaat)
Bank Negara Malaysia
P.O. Box 10922
50929 Kuala Lumpur
Tel: 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK)
(Luar Negara: +603-2174 1717)
Faks: +603-2174 1515
Emel: bnmtelelink@bnm.gov.my
SMS: 15888
Waktu Operasi: 9pg – 5ptg (Isnin - Jumaat)
Level 14, Main Block,
Menara Takaful Malaysia
No 4, Jalan Sultan Sulaiman
50000 Kuala Lumpur
Tel: +603-2272 2811
Emel: enquiry@ofs.org.my
Waktu Operasi: 8.30pg – 5.30ptg (Isnin - Jumaat)

NOTA PENTING:


Sekiranya terdapat percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.


Maklumat yang terkandung di dalam lembaran pendedahan ini sah dari Jun 2022 sehingga notis lanjut.

{ "siteTheme": "theme-gopayz" }

Polisi Kuki

Kami menggunakan kuki di laman ini untuk memberikan pengalaman terbaik dengan menyediakan kandungan paling relevan untuk anda. Dengan menekan 'Terima', anda bersetuju untuk menyimpan kuki di dalam peranti anda. Lihat Notis Privasi kami untuk info lanjut.