{ "hideAfter": true, "hideGeneralNotification": false, "rotationTimer": 0, "importantNotificationList": [{"LOG":{"name":"com.umobile.core.pojo.NotificationPojo"},"startDateTime":"2024-08-08T23:59:00.000+08:00","endDateTime":"2024-08-31T23:59:00.000+08:00","desc":"\u003cp\u003ePemberhentian penjualan Insurans Motosikal Chubb dan Insurans Kenderaan Liberty melalui GoPayz akan berkuat kuasa mulai 1 September 2024.\u003c/p\u003e\r\n","ctaPath":"","now":{"year":2024,"month":12,"day":7},"instant":{"seconds":1733500800,"nanos":0},"nowDate":"Dec 7, 2024, 12:00:00 AM","nowTime":"2024-12-07","validTime":0}] }
icon
icon
{ "serviceUrlSearchSuggestion": "/content/gopayz/bm/jcr:content/header.suggestions", "searchResultPagePath": "/content/gopayz/bm/search-results.html" }

Terma & Syarat

{ "searchResultPagePath": "#", "serviceUrlSearchSuggestion": "/content/gopayz/bm/support/terms-and-conditions/jcr:content/iparsys-1/layout_container/background_copy_copy/background-content/layout_container_cop/search_textbox_copy__718148769.suggestions" }
{ "dropdownFaqProperties": [ { "title": "Soalan Lazim", "value": "faqs", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs.html", "isGroupLabel": true, "childList": [ { "title": "Kempen Visa Akhir Tahun 2024", "value": "visa-year-end-campaign-2024", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/visa-year-end-campaign-2024.html" }, { "title": "Mendaftar", "value": "signing-up", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/signing-up.html" }, { "title": "Pertukaran Mata Wang Online", "value": "online-currency-exchange", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/online-currency-exchange.html" }, { "title": "Tips Keselamatan", "value": "security-tips", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/security-tips.html" }, { "title": "GoTakaful", "value": "gotakaful", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/gotakaful.html" }, { "title": "Insurans Kemalangan Peribadi GoInsure", "value": "goinsure-personal-accident-insurance", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/goinsure-personal-accident-insurance.html" }, { "title": "Keselamatan", "value": "security", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/security.html" }, { "title": "Pengesahan Identiti", "value": "verifying-identity", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/verifying-identity.html" }, { "title": "Tambah Nilai", "value": "topping-up", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/topping-up.html" }, { "title": "Mendapatkan Kad GoPayz Saya", "value": "getting-my-gopayz-card", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/getting-my-gopayz-card.html" }, { "title": "GoLife Plus", "value": "golife-plus", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/golife-plus.html" }, { "title": "Isu Tambah Nilai", "value": "top-up-concerns", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/top-up-concerns.html" }, { "title": "Menambah Kad Pembayaran Lain", "value": "adding-other-payment-cards", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/adding-other-payment-cards.html" }, { "title": "Pindahan Dana", "value": "transfers-of-fund", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/transfers-of-fund.html" }, { "title": "GoPointz", "value": "gopointz", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/gopointz.html" }, { "title": "Pengeluaran Wang Tunai", "value": "cash-withdrawals", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/cash-withdrawals.html" }, { "title": "Pembayaran Kad", "value": "card-payments", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/card-payments.html" }, { "title": "Transaksi E-Dagang", "value": "e-commerce-transaction", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/e-commerce-transaction.html" }, { "title": "Penggunaan Kad", "value": "card-usage", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/card-usage.html" }, { "title": "Pembayaran Tanpa Sentuh", "value": "contactless-payment", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/contactless-payment.html" }, { "title": "Batalkan Akaun Saya", "value": "cancelling-my-account", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/cancelling-my-account.html" }, { "title": "Penamatan Akaun GoPayz", "value": "gopayz-account-termination", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/gopayz-account-termination.html" }, { "title": "Mengubah Butiran Profil", "value": "change-profile-details", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/change-profile-details.html" }, { "title": "Kadar Pertukaran", "value": "exchange-rates", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/exchange-rates.html" }, { "title": "Kehilangan atau Kecurian Kad", "value": "lost-or-stolen-card", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/lost-or-stolen-card.html" }, { "title": "Hubungi Kami", "value": "contact-us", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/contact-us.html" }, { "title": "International Airtime Top Up", "value": "international-airtime-transfer", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/international-airtime-transfer.html" }, { "title": "Kad Prabayar Visa GoPayz-MAIPk (Ta'awun)", "value": "gopayz-maipk-visa-prepaid-card-ta-awun", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/gopayz-maipk-visa-prepaid-card-ta-awun.html" }, { "title": "Tap & Bayar", "value": "tap-and-pay", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/tap-and-pay.html" }, { "title": "Kiriman Wang", "value": "remittance", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/remittance.html" }, { "title": "GoInsure Motor", "value": "goinsure-motor", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/goinsure-motor.html" }, { "title": "Kekayaan", "value": "wealth-management", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/wealth-management.html" }, { "title": "Zakat", "value": "zakat", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/zakat.html" }, { "title": "Imbas & Bayar", "value": "scan-and-pay", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/scan-and-pay.html" }, { "title": "Telefon & Internet", "value": "phone-and-internet", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/phone-and-internet.html" }, { "title": "Hiburan", "value": "entertainment", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/entertainment.html" }, { "title": "Pengangkutan", "value": "transport", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/transport.html" }, { "title": "Utiliti", "value": "utilities", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/utilities.html" }, { "title": "Mrs Easy", "value": "mrseasy", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/mrseasy.html" }, { "title": "GoRelaks ", "value": "go-relaks", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/go-relaks.html" }, { "title": "Upgrade to Premium Wallet & Get RM5 Cash Reward!", "value": "upgrade-to-premium-get-cash-reward", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/upgrade-to-premium-get-cash-reward.html" }, { "title": "Liberty Vehicle Insurance", "value": "liberty-vehicle-insurance", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/liberty-vehicle-insurance.html" }, { "title": "Liberty Mid Year Campaign", "value": "liberty-mid-year-campaign", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/liberty-mid-year-campaign.html" }, { "title": "Cashback KAW KAW Campaign ", "value": "cashback-kaw-kaw-campaign", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/cashback-kaw-kaw-campaign.html" }, { "title": "GoPayz Happy Hour Cashback Campaign", "value": "happy-hour-cashback", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/happy-hour-cashback.html" }, { "title": "Kempen Cashback 50% Pengguna Baharu", "value": "new-user-cashback", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/new-user-cashback.html" }, { "title": "GoLife 10 Campaign", "value": "golife-10-campaign", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/golife-10-campaign.html" }, { "title": "Kempen Visa Akhir Tahun 2024", "value": "year-end-visa", "url": "/content/gopayz/bm/support/faqs/year-end-visa.html" } ] }, { "title": "Terma & Syarat", "value": "terms-and-conditions", "url": "/content/gopayz/bm/support/terms-and-conditions.html", "isGroupLabel": true, "childList": [ { "title": " Terma Penggunaan Aplikasi Dan Laman GoPayz", "value": "gopayz-app-and-web-terms-of-use", "url": "/content/gopayz/bm/support/terms-and-conditions/gopayz-app-and-web-terms-of-use.html" }, { "title": "Notis Privasi", "value": "privacy-notice", "url": "/content/gopayz/bm/support/terms-and-conditions/privacy-notice.html" }, { "title": " Lampiran 1 - Terma dan Syarat Khusus untuk Kad Prabayar Visa GoPayz-MAIPk", "value": "specific-terms-and-conditions-for-gopayz-maipk-visa-prepaid-card", "url": "/content/gopayz/bm/support/terms-and-conditions/specific-terms-and-conditions-for-gopayz-maipk-visa-prepaid-card.html" }, { "title": "Perjanjian Perkhidmatan GoPayz", "value": "gopayz-service-agreement-october", "url": "/content/gopayz/bm/support/terms-and-conditions/gopayz-service-agreement-october.html" }, { "title": "Lembaran Pendedahan Produk", "value": "product-disclosure-sheet-pds-october", "url": "/content/gopayz/bm/support/terms-and-conditions/product-disclosure-sheet-pds-october.html" }, { "title": "Lembaran Pendedahan Produk – VISA GoPayz-MAIPk", "value": "product-disclosure-sheet-pds-gopayz-maipk-visa-october", "url": "/content/gopayz/bm/support/terms-and-conditions/product-disclosure-sheet-pds-gopayz-maipk-visa-october.html" } ] }, { "title": "Keselamatan", "value": "safety-and-security", "url": "/content/gopayz/bm/support/safety-and-security.html", "isGroupLabel": true, "childList": [] } ], "dropdownDefault": "/content/gopayz/bm/support/terms-and-conditions/gopayz-app-and-web-terms-of-use.html", "breadCrumbs": [ { "title": "Terma & Syarat", "url": "/content/gopayz/bm/support/terms-and-conditions.html" } ] }

Sila baca terma penggunaan GoPayz ini (“Terma Penggunaan”) sebelum memuat-turun Aplikasi GoPayz atau mengakses Laman GoPayz.

Terma Penggunaan ini mentadbir penggunaan Aplikasi GoPayz dan Laman GoPayz anda dan tertakluk kepada Perjanjian Perkhidmatan GoPayz berserta notis privasi kami yang boleh didapati di www.gopayz.com.my.

 

SIAPA KAMI DAN CARA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI
 

GoPayz dikendalikan oleh U Mobile Services Sdn Bhd. No. Pendaftaran 200401034375 (672884-H). Untuk menghubungi kami, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan GoPayz di talian +6018-388 3388.

 

DENGAN MENGGUNAKAN GOPAYZ ANDA MENERIMA TERMA-TERMA INI
 

Dengan menggunakan Aplikasi GoPayz atau Laman GoPayz, anda mengesahkan bahawa anda menerima Terma Penggunaan ini dan bersetuju untuk mematuhi Terma Penggunaan ini. Sekiranya anda tidak bersetuju untuk menerima Terma Pengunaan ini, anda tidak boleh menggunakan GoPayz.
Kami memberikan anda lesen untuk menggunakan GoPayz untuk tujuan peribadi, bukan untuk tujuan komersial melalui telefon mudah alih anda. Lesen yang kami berikan boleh dibatalkan dan tidak boleh dipindah milik dan tidak memindahkan apa-apa hak di dalam Aplikasi GoPayz kepada anda. Sebarang versi Aplikasi GoPayz yang baru atau dinaik taraf juga akan tertakluk kepada peruntukan Terma Penggunaan ini.

 

KAMI BOLEH MEMBUAT PERUBAHAN TERHADAP TERMA-TERMA INI
 

Kami boleh mengubah mana-mana Terma Penggunaan ini dari masa ke semasa. Perubahan-perubahan tersebut akan berkuatkuasa 21 hari selepas kami menerbitkan terma-terma dan syarat-syarat baru di www.gopayz.com.my atau di Aplikasi GoPayz.
Setiap kali anda ingin menggunakan GoPayz, sila periksa Terma Penggunaan untuk memastikan anda memahami terma-terma yang terpakai pada masa tersebut. Sekiranya anda terus menggunakan GoPayz selepas perubahan terma dibuat, anda dianggap telah menerima perubahan tersebut.

 

KAMI BOLEH MEMBUAT PERUBAHAN TERHADAP GOPAYZ
 

Kami boleh mengubah kandungan GoPayz dan ciri berserta fungsinya pada bila-bila masa.

 

KAMI BOLEH MENGGANTUNG ATAU MENARIK BALIK GOPAYZ
 

Kami tidak menjamin bahawa GoPayz, atau apa-apa kandungan di dalamnya, akan sentiasa tersedia atau tidak terganggu.
Kami boleh menggantung, menarik balik, menghalang ketersediaan keseluruhan atau mana-mana bahagian GoPayz atau menamatkan akses anda kepada GoPayz dengan memberikan atau tanpa sebarang notis:
 

1. untuk tujuan perniagaan dan operasi;

2. untuk tujuan pengawalseliaan;

3. sekiranya berlaku kecemasan;

4. sekiranya anda melanggar Terma Penggunaan ini; atau

5. untuk apa-apa tujuan yang kami fikir wajar.

 

MAKLUMAT PERIBADI
 

Dengan menghantar maklumat peribadi anda atau menggunakan GoPayz, anda telah memberikan persetujuan anda kepada kami untuk mengumpul, merekod, memegang, menyimpan, mengguna dan mendedahkan maklumat peribadi anda menurut notis privasi kami yang terdapat di www.gopayz.com.my.

 

PRODUK-PRODUK DAN PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN
 

Semua produk dan perkhidmatan U Mobile Group dan rakan kongsinya yang disediakan melalui GoPayz adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang berkaitan yang mentadbir penggunaan mereka.
 

Sekiranya terdapat sebarang konflik antara Terma Penggunaan dengan terma-terma dan syarat-syarat yang mentadbir produk, perkhidmatan atau transaksi berkaitan yang disediakan melalui GoPayz, konflik tersebut akan diselesaikan mengikut turutan berikut:-
 

1. terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian Perkhidmatan GoPayz ini;

2. Borang Permohonan;

3. Notis Privasi;

4. Lembaran Pendedahan Produk;

5. Terma Penggunaan ini; dan

6. terma-terma dan syarat-syarat mana-mana produk atau perkhidmatan lain.

 

LAMAN PIHAK KETIGA
 

Jika GoPayz mengandungi pautan ke laman-laman lain dan sumber-sumber disediakan oleh pihak ketiga, pautan-pautan ini disediakan untuk kemudahan anda sahaja dan tidak, secara terang atau tersirat, bermaksud sebarang pengesahan mengenai laman-laman, produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan di sana.
 

Kami tidak mempunyai sebarang kawalan dan tidak bertanggungjawab ke atas kandungan-kandungan di dalam laman-laman atau sumber-sumber tersebut. Anda mengakses laman pihak ketiga tersebut dan menggunakan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan mereka di atas risiko anda sendiri. Kami tidak menjanjikan bahawa kandungan atau perkhidmatan-perkhidmatan daripada laman-laman pihak ketiga tersebut sesuai atau sedia untuk digunakan. Sekiranya anda mengakses atau membeli kandungan atau perkhidmatan-perkhidmatan lain daripada laman-laman pihak ketiga, kami tidak bertanggungjawab ke atas pematuhan anda terhadap kesemua undang-undang yang terpakai.
 

Apa-apa maklumat peribadi yang anda sediakan di laman-laman pihak ketiga tersebut akan tertakluk kepada polisi privasi pihak ketiga yang berkaitan tersebut (jika ada) dan tidak kepada notis privasi kami. Sebelum mendedahkan maklumat peribadi anda di laman pihak ketiga, anda hendaklah memeriksa polisi privasi pihak ketiga tersebut.

 

PENGGUNAAN GOPAYZ
 

Anda bertanggungjawab mengkonfiguarsi teknologi maklumat, program-program komputer dan platform anda untuk mengakses GoPayz. Anda patut menggunakan perisian perlindungan virus anda sendiri.
 

Anda tidak boleh:
 

1. menggunakan GoPayz dengan cara, atau memuatnaik atau memindahkan sebarang bahan kepada atau melalui GoPayz yang mengganggu pengguna-pengguna lain atau memfitnah, menganggu, menghina, mengugut, mengancam atau melukai sesiapa atau menghalang pengguna lain daripada menggunakan atau menikmati GoPayz;

- menggunakan GoPayz untuk menghantar komersial yang tidak diingini atau pesanan mesej elektronik yang banyak kepada sesiapa;

- membuat apa-apa pertanyaan, tempahan atau permohonan yang bersifat fraud atau spekulatif menggunakan GoPayz;

- menggunakan kod pengesahan atau nama pengguna lain tanpa kebenaran; atau

- memberi maklumat yang salah apabila mendaftar di GoPayz atau semasa mengubah butiran pendaftaran anda;
 

2. menyamar sebagai orang lain semasa menggunakan GoPayz;

3. meminda, menghalang operasi atau mengubah suai GoPayz tanpa kebenaran;

4. menyalahguna GoPayz dengan secara sengaja membawa masuk virus-virus, trojan, ‘worms’, ‘logic bomb’ atau bahan lain yang berniat jahat atau merbahaya dari aspek teknologi;

5. cuba untuk mendapatkan akses kepada GoPayz, ‘server’ di mana GoPayz disimpan atau mana-mana ‘server’, komputer atau pangkalan data yang disambungkan ke GoPayz tanpa kebenaran;

6. menyerang GoPayz melalui ‘denial-of-service attack’ atau ‘denial-of-service’; atau

7. cuba untuk melakukan mana-mana perlakuan di atas atau membenarkan orang lain melakukan mana-mana perlakuan di atas.
 

Kami akan melaporkan mana-mana pelanggaran tersebut kepada pihak penguatkuasa undang-undang yang berkenaan dan kami akan bekerjasama dengan pihak penguatkuasa tersebut dengan mendedahkan identiti anda kepada mereka. Sekiranya berlaku pelanggaran tersebut, hak anda untuk menggunakan GoPayz akan terhenti serta merta.

 

PERATURAN UNTUK MEMBUAT PAUTAN KEPADA GOPAYZ
 

Anda tidak boleh mewujudkan apa-apa pautan di laman utama kami tanpa kebenaran bertulis kami terlebih dahulu.

Sekiranya anda berniat untuk memaut kepada atau mengguna kandungan di dalam GoPayz sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan GoPayz di +6018-388 3388.

 

PENOLAK TUNTUTAN
 

Bahan di dalam GoPayz adalah disediakan di atas dasar ‘Seperti itu’ (As Is) dan ‘Seperti yang Tersedia’ (As Available) tanpa jaminan nyata atau tersirat dan anda bersetuju bahawa penggunaan GoPayz dan pautan-pautan adalah di atas risiko anda sendiri. Semua maklumat adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis. Rujukan kepada bahan-bahan yang terkandung di dalam GoPayz adalah termasuk bahan dan maklumat yang disediakan oleh pihak ketiga.
 

Tertakluk kepada undang-undang yang terpakai yang tidak boleh dikecualikan, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan mengenai GoPayz, bahan-bahannya, produk-produk, perkhidmatannya dan fungsi-fungsinya termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa jaminan terhadap hakmilik, kemungkaran, kebolehdagangan, kegunaan, operasi, kesempurnaan, ketepatan, ketepatan masa, keselamatan, kebergantungan atau ia bebas dari sebarang kerosakan, penggunaan tanpa gangguan, ketersediaan dan kesesuaian bagi tujuan tertentu, dan kami mengecualikan semua jaminan sama ada yang nyata atau yang tersirat berhubung apa sahaja dengan GoPayz.
 

Anda mengakui bahawa bahan di dalam GoPayz tidak seharusnya dijadikan sebagai dorongan atau jemputan untuk melabur atau sebaliknya berurusan di dalam saham-saham syarikat-syarikat yang berkaitan dengan kami atau pihak ketiga yang lain atau rakan kongsi yang lain dan tidak bergantung kepadanya atas sebab-sebab tertentu.
 

Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, U Mobile Group dan pengarah-pengarah masing-masing, pekerja-pekerja, pegawai-pegawai, ejen-ejen dan kontraktor-kontraktor mengecualikan kesemua liabiliti sama ada di bawah kontrak atau tort (termasuk liabiliti bagi kecuaian) untuk apa-apa kerugian atau kerosakan (termasuk tidak terhad kepada kerugian atau kerosakan secara langsung, tidak langsung, khas atau berbangkit) atau sebaliknya yang timbul daripada penggunaan atau kebergantungan terhadap apa-apa kandungan atau produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang tersedia atau menggunakan GoPayz sama ada berpunca daripada perlakuan yang cuai atau peninggalan. Sekiranya U Mobile Group dilarang oleh undang-undang daripada mengecualikan liabilitinya, U Mobile Group menghadkan liabilitinya setakat yang dibenarkan oleh undang-undang untuk membekalkan semua bahan tersebut atau perkhidmatan yang berkaitan.

 

LIABILITI DAN PAMPASAN ANDA
 

Anda bersetuju untuk bertanggungjawab kepada dan menanggung rugi dan menangung memberi pampasan kepada U Mobile Group terhadap semua liabiliti, tuntutan, kerugian dan perbelanjaan termasuk apa-apa yuran guaman yang mungkin ditanggung oleh U Mobile Group berhubung dengan atau yang timbul daripada:
 

1. pelanggaran anda terhadap Terma Penggunaan ini;

2. penggunaan atau penyalahgunaan anda terhadap maklumat, produk atau perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan melalui GoPayz;

3. apa-apa tuntutan hak harta intelek atau pelanggaran hak harta yang dibuat oleh pihak ketiga terhadap U Mobile Group berhubung penggunaan GoPayz oleh anda; atau

4. perbuatan fraud atau salah nyataan anda.

 

TANDA DAGANGAN DAN HAKCIPTA

GoPayz mengandungi tanda dagangan yang mana tertakluk dengan permohonan-permohonan yang masih belum selesai atau sebaliknya yang dilindungi oleh undang-undang. Melainkan yang dinyatakan disini, “GoPayz” dan logo “U”, “U Mobile” dan apa-apa produk lain atau nama perkhidmatan yang merujuk kepada GoPayz adalah tanda dagangan dimiliki oleh atau berlesen kepada U Mobile Group (melainkan dinasihatkan sebaliknya). Anda tidak dibenarkan menggunakan tanda dagangan ini tanpa kebenaran kami kecuali; (a) dengan menyimpan dan mencetak salinan GoPayz seperti yang dibenarkan di bawah menurut kebenaran hakcipta; (b) melalui rujukan yang sah kepada produk atau perkhidmatan kami dengan pengiktirafan yang betul terhadap status tanda dagangan kami; dan (c) dengan kebenaran bertulis daripada kami terlebih dahulu.
 

Laman GoPayz dan Aplikasi GoPayz adalah hakcipta © U Mobile Group.
 

Semua bahan di dalam GoPayz adalah hakcipta di Malaysia dan, melalui perjanjian antarabangsa, di negara-negara lain.
 

Anda boleh sama ada menyimpan secara elektronik atau mencetak sebahagian daripada GoPayz untuk maklumat anda sendiri, kajian atau penyelidikan tetapi hanya jika (a) anda tidak mengubah-suai salinan tersebut sepertimana ianya muncul di GoPayz; dan (b) anda memasukkan semua notis pemilikan dan hakcipta di dalam GoPayz di setiap salinan yang anda buat. Anda tidak boleh mengungkap, menghantar (termasuk menyiarkan), mengubah suai, menghubungkan ke, atau sebaliknya menggunakan mana-mana bahan tersebut, termasuk petikan audio dan video, kecuali seperti yang dibenarkan di GoPayz atau dengan kebenaran kami terlebih dahulu.

 

KOMUNIKASI
 

Kami boleh berkomunikasi dengan anda melalui emel ke alamat emel anda, SMS ke nombor telefon mudah alih yang didaftarkan oleh anda atau melalui notis di Aplikasi GoPayz. Apabila kami berkomunikasi seperti ini, terma-terma berikut terpakai:
 

1. Anda bertanggungjawab memastikan bahawa butiran-butiran anda untuk kami hubungi adalah yang terkini, perkhidmatan emel atau akaun telefon bimbit anda berfungsi dan anda dinasihati untuk memeriksa emel atau telefon bimbit anda secara kerap untuk mesej-mesej kami;

2. Anda mesti memaklumkan kami menggunakan cara dalam talian yang kami sediakan, secepat mungkin mengenai sebarang perubahan terhadap butiran-butiran anda untuk kami hubungi dengan;

3. Tanpa mengambil kira perenggan (1) di atas, sekiranya kami memberi anda notis, kami akan menyiarkan notis tersebut di dalam GoPayz; dan

4. Dari masa ke semasa, kami boleh memilih untuk memberi anda notis dengan cara yang lain. Sekiranya kami memberikan anda notis tambahan tersebut, anda tidak sepatutnya beranggapan yang kami akan memberikan notis dengan cara yang sama pada setiap masa.

 

PERKARA-PERKARA UMUM
 

1. GoPayz ditadbir oleh undang-undang Malaysia dan anda secara tidak terbatal bersetuju untuk tertakluk di bawah bidangkuasa Mahkamah-mahkamah Malaysia untuk menentukan apa-apa pertikaian berkenaan Terma Penggunaan ini. GoPayz boleh diakses di seluruh Malaysia dan luar negara. Kami tidak memberi sebarang jaminan bahawa kandungan GoPayz mematuhi undang-undang (termasuk undang-undang harta intelek) di mana-mana negara di luar Malaysia. Sekiranya anda mengakses GoPayz dari luar Malaysia, anda bertanggungjawab semua undang-undang di mana anda berada.

2. Sekiranya mana-mana Terma Penggunaan ini adalah tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, ianya akan dibatalkan dan terma yang selebihnya akan kekal dan berkuatkuasa.

3. Sekiranya kami tidak bertindak di atas pelanggaran yang anda lakukan, ini tidak mengecualikan hak kami untuk bertindak ke atas kemungkaran atau pelanggaran yang sama.

4. Rujukan kepada “kami” bermaksud U Mobile Services Sdn. Bhd. No. Pendaftaran 200401034375 (672884-H), “GoPayz” bermaksud Laman GoPayz dan Aplikasi GoPayz, “Laman GoPayz” bermaksud www.gopayz.com.my atau “Aplikasi GoPayz” bermaksud Aplikasi GoPayz mudah alih.

5. Rujukan kepada “U Mobile Group” merujuk kepada U Mobile Sdn. Bhd. No. Pendaftaran 199101013657 (223969-U), dan syarikat-syarikatnya yang berkaitan dengannya yang ditakrifkan menurut Akta Syarikat 2016, sama ada secara individu atau secara kolektif seperti yang diperlukan di dalam konteksnya.

 

Nota penting: Jika berlakunya sebarang pertikaian antara versi Bahasa Inggeris dan versi bahasa lain, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

 

Versi: [19 November 2019]

{ "siteTheme": "theme-gopayz" }

Polisi Kuki

Kami menggunakan kuki di laman ini untuk memberikan pengalaman terbaik dengan menyediakan kandungan paling relevan untuk anda. Dengan menekan 'Terima', anda bersetuju untuk menyimpan kuki di dalam peranti anda. Lihat Notis Privasi kami untuk info lanjut.