Insurans Am
Dapatkan perlindungan Kemalangan Diri dan Motor melalui GoPayz sekarang. Harga berpatutan dan tiada dokumen rumit.
Anda boleh mendaftar untuk Perkhidmatan GoPayz secara dalam talian dengan memuat turun Aplikasi GoPayz terus dari "Google Play Store", "Apple App Store" atau "Huawei's AppGallery" secara percuma.
Untuk mendaftar ke Perkhidmatan GoPayz, anda mesti terlebih dahulu mendaftar untuk Akaun Dompet Asas. Hanya isikan maklumat peribadi anda yang diperlukan melalui Aplikasi GoPayz untuk mendaftar untuk Perkhidmatan GoPayz.
Setelah Akaun Dompet Asas anda disediakan, anda boleh menaik taraf Akaun Dompet Asas anda kepada Akaun Dompet Premium dengan cara:
Jika anda gagal dalam semakan KYC elektronik atau anda berumur di bawah 18 tahun, anda akan dikehendaki menjalani KYC manual untuk kami memproses permohonan penaikan taraf anda.
Anda tidak akan dikenakan bayaran untuk mendaftar ke Perkhidmatan GoPayz atau untuk Akaun GoPayz anda.
Anda mempunyai pilihan untuk memohon Kad fizikal GoPayz dengan menghantar bayaran sebanyak RM16.00 di atas permohonan anda untuk Kad fizikal GoPayz tersebut.
Untuk makluman berkenaan semua bayaran dan caj lain yang terpakai terhadap Perkhidmatan GoPayz tersebut, sila rujuk kepada jadual fi dan caj di bawah atau lawati www.gopayz.com.my:
No | Butiran |
Fi dan Caj |
Perlu dibayar apabila |
---|---|---|---|
1 | Fi Pengeluaran Kad |
Bayaran sekali sahaja sebanyak RM16.00 akan dikenakan di atas permohonan Kad Fizikal GoPayz anda di bawah mana-mana skim kad seperti Visa, Mastercard atau UnionPay. |
Setiap kali permohonan untuk pegeluaran Kad fizikal GoPayz. |
2 | Fi Pengeluaran Tunai melalui ATM | Fi pengeluaran ATM luar negara = RM10.00 setiap pengeluaran Pengeluaran ATM tempatan = RM1.00 setiap pengeluaran Untuk pengeluaran tanpa kad, fi yang dikenakan akan berlainan berdasarkan fi yang dikenakan oleh rakan kongsi/bank masing-masing. |
Untuk setiap transaksi yang dilakukan. |
3 | Fi Penggantian Kad | Fi penggantian kad = RM16.00 setiap kad Hanya dikenakan kepada sesiapa yang memilih untuk pengeluaran Kad fizikal GoPayz, dan permohonan untuk penggantian kad dibuat oleh pelanggan akibat daripada kehilangan, kecurian atau kerosakan Kad fizikal GoPayz atau pendedahan maklumat Kad fizikal GoPayz tersebut kepada pihak ketiga. |
Apabila kami menerima permintaan anda untuk menggantikan Kad fizikal GoPayz tersebut. |
4 | Fi Permohonan Penyata |
Penyata fizikal = RM5.00 untuk setiap salinan E-Penyata = Percuma |
Atas permintaan. |
5 | Fi Permintaan / Dapatan Semula Draf Jualan |
RM15.00 untuk setiap draf jualan |
Atas permintaan. |
6 | Fi Tambah Nilai | Perbankan Dalam Talian (FPX) = Tiada Caj | |
Kad Pembayaran Lain = Tiada Caj | |||
Razer Cash @ 7-Eleven = RM2.00 untuk setiap transaksi |
Hanya dikenakan untuk pusat tambah nilai yang terlibat. | ||
7 | Fi Penukaran Transaksi Luar Negara dan Saudagar Asing |
Semua Transaksi Luar Negara dan Transaksi dengan Saudagar Asing (termasuk transaksi dalam talian) akan ditukar kepada Ringgit Malaysia pada kadar penukaran semasa pada hari penukaran tersebut dan caj yang ditentukan oleh Skim Kad serta fi perkhidmatan sebanyak 1%. |
Untuk setiap transaksi. |
8 | Fi Pengendalian Bayaran Balik | i. Melalui IBG = RM1.10 ii. Melalui Pemindahan Telegrafik (TT) = RM21.00 Untuk penjelasan, bayaran balik berlaku apabila Akaun GoPayz anda ditamatkan, anda melakukan tambah nilai yang melebihi had Akaun GoPayz anda atau sesebuah transaksi dibatalkan. |
Untuk setiap transaksi. |
9. | Fi Pertanyaan Baki | RM1.00 untuk setiap transaksi di ATM Tempatan dan Luar Negara Pertanyaan yang dibuat melalui Aplikasi GoPayz / Laman Web GoPayz adalah percuma. |
Untuk setiap transaksi. |
Anda adalah dinasihatkan untuk memeriksa fi dan caj yang terpakai tersebut sebelum anda membuat apa-apa transaksi melalui Akaun GoPayz anda.
Penduduk Malaysia dan warga asing yang bekerja atau menetap di Malaysia dialu-alukan untuk memohon Perkhidmatan GoPayz. Bagi warganegara asing, mereka dikehendaki untuk menyediakan butiran alamat kediaman di Malaysia.
Jika anda berumur di bawah 18 tahun, anda mesti mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga yang sah untuk menggunakan Perkhidmatan GoPayz dan mengisi borang permohonan bersertakan nama dan nombor ID mereka. Dengan menggunakan Perkhidmatan GoPayz, anda telah mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada ibu bapa atau penjaga sah anda sebagaimana yang ditetapkan oleh terma dan syarat kami. Kami berhak untuk menukar terma dan syarat ini pada bila-bila masa.
Anda akan dikenakan bayaran berdasarkan jadual bayaran yang disediakan untuk soalan 3 di atas. Pengeluaran tunai boleh dibuat menggunakan Kad fizikal GoPayz di ATM yang menerima Skim Kad seperti Visa, Mastercard atau UnionPay.
Sila ambil perhatian bahawa ATM tertentu boleh mengenakan fi tambahan selain daripada fi yang dinyatakan di atas.
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}