
Insurans Am
Dapatkan perlindungan Kemalangan Diri dan Motor melalui GoPayz sekarang. Harga berpatutan dan tiada dokumen rumit.
Imbas & Bayar adalah perkhidmatan pembayaran mudah alih yang disediakan oleh aplikasi GoPayz. Ia menggunakan QR UnionPay yang berasaskan kod penyelesaian pembayaran yang membolehkan anda membuat pembayaran kepada saudagar yang menerima UnionPay QRC (Pembayaran Kod QR UnionPay).
Anda dapat melakukan pembayaran di kedai atau e-dagang (dalam talian) pada saudagar tempatan dan luar negara yang membolehkan kod QR UnionPay dengan gerakan “imbas & bayar” menggunakan kad maya UnionPay anda di aplikasi GoPayz.
Ya, anda boleh mendaftar untuk Perkhidmatan GoPayz secara dalam talian dengan memuat turun aplikasi GoPayz terus dari “Google Play Store”, “Apple App Store” atau “Huawei’s AppGallery” secara percuma.
Pada masa ini perkhidmatan pembayaran mudah alih Imbas & Bayar hanya menyokong kad GoPayz UnionPay.
Ya, untuk tujuan keselamatan, anda dikehendaki memasukkan GoPIN 6-digit anda setiap kali untuk mengesahkan transaksi yang dilakukan melalui peranti mudah alih.
Perkhidmatan pembayaran mudah alih Imbas & Bayar mempunyai dua (2) mod, anda boleh melakukan pembayaran QR dengan mengimbas UnionPay QRC saudagar atau menunjukkan UnionPay QRC anda kepada saudagar untuk diimbas.
i. Kod QR yang dipaparkan oleh Saudagar – bermaksud menggunakan Aplikasi GoPayz anda untuk mengimbas QRC yang dipaparkan oleh saudagar sama ada di kedai atau e-dagang (dalam talian)
Langkah 1: Log masuk ke Aplikasi GoPayz anda
Langkah 2: Klik pada ikon Imbas & Bayar
Langkah 3: Pilih ‘Imbas QR’ kemudian imbas UnionPay QRC saudagar untuk memulakan pembayaran
Langkah 4: Butiran saudagar akan dipaparkan kemudian anda perlu memasukkan jumlah pembayaran
Langkah 5: Masukkan GoPIN 6-digit untuk mengesahkan pembayaran
Langkah 6: Pembayaran selesai, resit transaksi akan dicetak oleh terminal POS
ii. Kod QR yang dipaparkan oleh Pengguna – bermaksud saudagar menggunakan pembaca kod QR untuk mengimbas QRC dalam Aplikasi GoPayz
Langkah 1: Log masuk ke Aplikasi GoPayz anda
Langkah 2: Klik pada ikon Imbas & Bayar
Langkah 3: Pilih “Papar QR Saya” dan masukkan 6-digit GoPIN untuk menjana UnionPay QRC anda
Langkah 4: Tunjuk QRC unik kepada saudagar untuk membuat pembayaran dalam masa 1 minit
Langkah 5: Pembayaran selesai, resit transaksi akan dicetak oleh terminal POS
Beberapa sebab umum untuk transaksi Imbas & Bayar ditolak adalah:
Anda boleh menguruskan penggunaan kad anda daripada Aplikasi GoPayz.
Pergi ke: Dompet > Kad Saya > Tunjukkan Semua Kad Saya > Pilih penggunaan Kad GoPayz yang tertentu yang anda ingin uruskan > Perkhidmatan Kad
Anda boleh menghubungi Khidmat Pelanggan kami di +6018 388 3388. Anda dinasihati untuk menyediakan tangkapan skrin mesej ralat tersebut dan disertakan dalam laporan / permintaan ke Khidmat Pelanggan kami untuk tindakan selanjutnya.
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}