Insurans Am
Dapatkan perlindungan Kemalangan Diri dan Motor melalui GoPayz sekarang. Harga berpatutan dan tiada dokumen rumit.
Anda boleh memohon kad maya Kad Prabayar Visa GoPayz-MAIPk (Ta’awun) secara percuma melalui aplikasi atau laman web GoPayz dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut:-
i. pergi ke “Dompet”;
ii. klik “Tunjukkan Semua Kad Saya”;
iii. pilih “Mohon Kad Baru”; dan
iv. pilih “MAIPk Visa Prepaid”
Anda juga mempunyai pilihan untuk memohon kad fizikal Kad Prabayar Visa GoPayz-MAIPk (Ta’awun) melalui aplikasi atau laman web GoPayz, ataupun dari pejabat-pejabat MAIPk yang berdekatan dengan anda.
Jika anda masih belum mempunyai akaun GoPayz, anda boleh berdaftar secara dalam talian melalui:
i. Muat turun aplikasi GoPayz secara terus dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery secara percuma; atau
ii. lawati laman web GoPayz di www.gopayz.com.my.
Fi tunggal pengisuan kad bernilai RM16 akan dikenakan bagi setiap permohonan kad fizikal GoPayz yang diisukan oleh pihak kami. Keseluruhan proses pengisuan dan penghantaran kad fizikal GoPayz ke alamat anda akan mengambil masa sehingga 14 hari bekerja.
Faedah utama:
i. Mudah untuk melaksanakan ibadah zakat, wakaf & derma
ii. Penerimaan pembayaran di mana-mana terminal Visa
iii. Perkhidmatan pengeluaran wang melalui mesin ATM
iv. Penerimaan kad di serata dunia
v. Produk Mesra Muslim – menyekat transaksi yang haram dalam Islam (transaksi melibat perjudian, kedai arak dll)
v. Berpeluang menikmati mata ganjaran GoPayz (GoPointz) bagi setiap pembayaran zakat, wakaf dan derma
Sudah tentu. Bagi setiap transaksi bernilai RM25 dengan MAIPk (pembayaran zakat fitrah, zakat harta, wakaf dan derma), anda akan menerima 1 GoPointz.
Tawaran ini tidak terpakai kepada pembayaran zakat dan wakaf dengan badan Islamik yang lain.
Sebagai gambaran:
Perbelanjaan |
Mata Ganjaran |
---|---|
Transaksi dengan MAIPk spt pembayaran zakat harta, zakat fitrah, wakaf dan derma |
Setiap RM25 = 1 GoPointz |
Pembayaran zakat, wakaf dan derma dengan badan Islamik yang lain |
0 GoPointz tanpa mengira amaun transaksi tersebut |
Senario pengiraan GoPointz:
Amaun yang dibelanjakan dengan Kad Prabayar Visa GoPayz-MAIPk (Ta’awun) melalui aplikasi/laman web GoPayz atau kiosk/terminal pembayaran MAIPk |
Mata Ganjaran GoPointz |
---|---|
RM25 | 1 GoPointz |
RM160 |
6 GoPointz |
RM700 | 28 GoPointz |
Maklumat lanjut mengenai pendapatan dan perbelanjaan GoPointz boleh didapati di https://gopayz.com.my/content/gopayz/bm/support/faqs/gopointz.html.
Anda boleh menebus mata ganjaran GoPointz anda untuk pembayaran zakat, wakaf, derma, dengan MAIPk, tambah nilai prabayar, baucar dari pelbagai jenama Gaya Hidup kegemaran anda dan banyak potongan harga yang menarik atau lain-lain tawaran item penebusan oleh kami dari semasa ke semasa. Maklumat lanjut mengenai program ganjaran GoPayz boleh didapati di sini.
Program Penukaran Automatik GoPointz kepada Wakaf Tunai MAIPk direka khusus untuk semua pemegang Kad Prabayar Visa GoPayz-MAIPk (Ta'awun). Pada setiap tahun kalendar, jumlah terkumpul GoPointz yang tidak digunakan oleh pengguna akan ditukar secara automatik kepada kredit yang akan disalurkan kepada Wakaf Tunai MAIPk. Penukaran automatik akan berlangsung pada setiap setengah tahun, iaitu pada 30 Jun dan 31 Disember, setiap tahun. Penukaran pertama akan berlangsung pada 30 Jun 2021.
Semua pemilik Kad Prabayar Visa GoPayz-MAIPk (Ta’awun) akan secara automatik dimasukkan ke dalam Program Penukaran Automatik GoPointz kepada Wakaf Tunai MAIPk.
Ya, semestinya. 21 hari sebelum proses penukaran automatik berlaku, anda akan menerima notifikasi App Push dan In-App yang akan memberi peringatan kepada anda mengenai proses tersebut. Setelah proses selesai, anda juga akan dimaklumkan melalui notifikasi App Push dan In-App.
Sekiranya anda tidak mahu GoPointz anda ditukarkan kepada Wakaf melalui program Penukaran Automatik GoPointz ke Wakaf, anda boleh menggunakan sepenuhnya kesemua GoPointz yang dikumpulkan dengan membuat sebarang pembelian dalam aplikasi yang terpilih di GoPayz atau menebus pelbagai baucar dari Katalog E-Baucar. Ianya perlulah dilakukan dalam tempoh 21 hari sebelum penukaran automatik berlaku.
Berikut adalah senarai Kod Kategori Peniaga (MCC) yang disekat untuk Kad Prabayar Visa GoPayz-MAIPk (Ta'awun).
Kod Kategori Peniaga (MCC) |
Huraian |
---|---|
5813 | Pusat Hiburan (Minuman Alkohol) – Bar, Kelab Malam, Lounge, dan Disko |
5921 | Kedai Arak – Bir, Wain, dan Liquor |
5993 | Kedai Cerut dan Tembakau |
7273 | Servis Pacaran |
7297 | Rumah Urut |
7299 | Lain-lain Servis Peribadi (Tidak dinyatakan di mana-mana) |
7800 | Loteri Berlesen |
7801 | Kasino Atas Talian Berlesen (Perjudian Atas Talian) |
7802 | Lumba Anjing/Kuda Berlesen |
7932 | Pusat pool dan snuker |
7995 |
Pertaruhan, termasuk tiket loteri, cip permainan kasino, pertaruhan luar dan dalam trek |
Jika anda memerlukan sebarang bantuan berkaitan GoPayz, anda boleh menghubungi kami melalui:
Emel : customercare@gopayz.com.my
Talian : +6018 388 3388 (24 jam)
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}