
Insurans Am
Dapatkan perlindungan Kemalangan Diri, Motor and Perjalanan melalui GoPayz sekarang. Harga berpatutan dan tiada dokumen rumit.
Pembayaran tanpa sentuh adalah cara pembayaran yang pantas dan selamat untuk pengguna-pengguna membeli produk atau perkhidmatan.
Anda hanya perlu menyentuh Kad GoPayz anda atau menggunakan peranti mudah alih anda dengan fungsi “Near Field Communication” (NFC) pada terminal pembayaran kad untuk melakukan transaksi.
Walaubagaimanapun, selepas melebihi tahap yang dibenarkan untuk transaksi tanpa sentuh dengan peniaga yang sama dalam satu hari, anda mungkin perlu memasukkan PIN Kad anda untuk tujuan pengesahan.
Tahap yang dibenarkan untuk transaksi tanpa sentuh tersebut adalah RM250.00 seperti yang dikenakan oleh Bank Negara Malaysia. Sila lihat soalan 4 di bawah untuk lebih maklumat berkenaan tahap yang dibenarkan
Terminal tersebut akan mencetak sekeping resit sebagai bukti pembayaran. Sila simpan resit tersebut.
Anda juga boleh rujuk butiran transaksi di dalam Akaun GoPayz anda melalui Laman Web GoPayz atau Aplikasi GoPayz.
Tidak. Jumlah belian mesti dimasukkan di terminal tersebut untuk pembayaran tanpa sentuh berjaya. Tambahan dari itu, terminal tersebut hanya boleh memproses 1 transaksi pembayaran pada satu masa. Walaubagaimanapun, sekiranya atas apa jua sebab, anda dicaj dua kali untuk pembelian yang sama, sila hantar permintaan pertikaian anda ke Khidmat Pelanggan kami di +6018 388 3388 dan kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memulihkan jumlah tersebut kepada anda.
Pembayaran tanpa sentuh dihadkan kepada maksimum RM250.00 untuk setiap transaksi tanpa perlu memasukkan PIN.
Sebarang transaksi yang melebihi RM250.00 dengan peniaga yang sama memerlukan anda untuk memasukkan PIN Kad anda atau lakukan melalui kaedah hubungan di mana Cip dan PIN akan diperlukan untuk pengesahan.
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}