Insurans Am
Dapatkan perlindungan Kemalangan Diri dan Motor melalui GoPayz sekarang. Harga berpatutan dan tiada dokumen rumit.
Anda boleh mengguna Kad GoPayz anda di mana-mana kedai runcit atau kedai dalam talian yang menerima Visa, Mastercard dan UnionPay atau sebarang skim kad lain yang akan diumumkan oleh kami dari masa ke masa.
Tidak, anda boleh menggunakan kad anda di luar negara pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada kami. Walaubagaimanapun, sila pastikan anda membolehkan Transaksi Luar Negara menerusi Pilihan Penggunaan Kad melalui Aplikasi GoPayz dengan mengikuti langkah-langkah yang disenaraikan di bawah:
Â
i. Pergi ke ‘Dompet’ dan tekan ‘Tunjukkan Semua Kad Saya’, pilih kad yang ingin diaktifkan;
ii. Pilih Kad yang anda ingin membolehkan fungsinya;
iii. Tekan pada Pilihan Penggunaan Kad; dan
iv. Tekan pada fungsi-fungsi yang anda ingin aktifkan.
PIN tersebut digunakan setiap kali anda melakukan sesuatu transaksi. Terdapat 2 PIN yang berbeza untuk menampung jenis transaksi yang berlainan seperti yang disenaraikan di bawah:
Jenis Pin | Tujuan |
---|---|
GoPIN |
Untuk mengesahkan transaksi yang anda lakukan melalui peranti mudah alih untuk transaksi di bawah: Â i. Pembayaran QR; ii. pembayaran tanpa sentuh melalui peranti mudah alih yang mempunyai fungsi NFC; atau iii. mengesahkan pembelian daripada Aplikasi GoPayz atau Laman Web GoPayz |
PIN Kad |
Terikat pada Kad fizikal GoPayz anda untuk mengesahkan transaksi cip dan PIN untuk transaksi melalui Peranti Kad Peniaga (MPOS / terminal EDC POS) |
Anda dinasihatkan untuk menetapkan PIN yang berbeza untuk GoPIN dan PIN Kad.
Anda boleh menetapkan 6-digit GoPIN anda apabila anda mengaktifkan Akaun GoPayz anda.
Â
Untuk PIN Kad pula, anda boleh menetapkan melalui Laman Web GoPayz atau Aplikasi GoPayz sebaik sahaja menerima Kad fizikal GoPayz anda.
Anda boleh menukar PIN anda pada bila-bila masa melalui Laman Web GoPayz atau Aplikasi GoPayz.
Â
i. GoPIN: pergi ke ‘Profil’ > pilih ‘Tukar GoPIN’
ii. PIN Kad: pergi ke ‘Dompet’ > tekan pada ‘Tunjukkan Semua Kad Saya’ > pilih ‘Tetapkan/Tukar PIN Kad’
Sekiranya anda memasukkan PIN yang salah 3 kali berturut-turut, PIN tersebut akan dilumpuhkan dan tiada transaksi lanjut akan dibenarkan dengan menggunakan Kad GoPayz tersebut. Anda boleh tetapkan semula PIN Kad anda daripada Laman Web GoPayz atau Aplikasi GoPayz seperti yang disediakan di bawah solan 5 di atas.
Anda boleh menguruskan penggunaan kad anda daripada Aplikasi GoPayz.
Â
Pergi ke Dompet > Kad Saya > Tunjukkan Semua Kad Saya > Pilih penggunaan Kad GoPayz yang tertentu yang anda ingin uruskan > Perkhidmatan Kad
Â
Anda boleh sunting parameter Kad GoPayz tersebut untuk:
Â
1. Tetapkan Kad Sebagai Kad Utama
2. Tetapkan Pembayaran QR Utama
3. Pilihan Penggunaan Kad
3.1 Transaksi E-Dagang Terjamin (dengan OTP)
3.2 Transaksi E-Dagang Tidak Terjamin (tanpa OTP)
3.3 Pesanan Mel / Pesanan Telefon
3.4 Transaksi Berulang
3.5 Pembelian Luar Negara
3.6 Pembelian ATM Luar Negara
3.7 Transaksi Tanpa Sentuh
 4. Mohon Kad Fizikal
 5. Sekat Kad ini
Â
Secara alternatif, sila isi borang Pilihan Penggunaan Kad yang boleh dimuat turun di sini dan emel kepada kami di customercare@gopayz.com.my.
Sebaik sahaja parameter tersebut ditetapkan, transaksi pembayaran anda akan tertakluk kepada parameter yang ditetapkan. Anda boleh mengubah parameter tersebut dari masa ke masa.
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}