Insurans Am
Dapatkan perlindungan Kemalangan Diri dan Motor melalui GoPayz sekarang. Harga berpatutan dan tiada dokumen rumit.
Beberapa sebab biasa pembayaran kad ditolak adalah:
Â
i. dana yang tidak mencukupi di dalam Akaun GoPayz anda;
Â
ii. penggunaan PIN yang salah;
Â
iii. anda telah buat sementara waktu menyekat Kad GoPayz anda melalui Aplikasi GoPayz atau Laman Web GoPayz;
Â
iv. status Kad GoPayz anda adalah tidak aktif;
Â
v. Terminal EDC Peniaga yang anda guna tidak menerima Kad GoPayz anda; atau
Â
vi. anda telah melebihi had transaksi anda untuk hari atau bulan tersebut.
Setiap transaksi pembayaran hanya akan disahkan satu kali. Ini boleh terjadi apabila:
Â
i. jumlah transaksi dicaj ke Kad GoPayz anda tetapi peniaga tersebut tidak menerima maklum balas kelulusan daripada GoPayz; dan
Â
ii. peniaga tersebut terus melakukan permintaan transaksi pembayaran kedua.
Â
Anda boleh menghantar permintaan pertikaian melalui Aplikasi GoPayz. Kami akan menjalankan siasatan yang diperlukan berdasarkan permintaan anda. Secara alternatif, sila isi Borang Permintaan Pertikaian GoPayz yang boleh dimuat turun di sini dan emel kepada kami di customercare@gopayz.com.my.
Â
Sekiranya kami mendapati transaksi tersebut telah diduplikasikan:
Â
i. kami akan meminta bayaran balik daripada peniaga yang melakukan transaksi tersebut; dan
Â
ii. jumlah bayaran balik akan dikreditkan semula ke Akaun GoPayz anda selepas kami menerima resit bayaran balik daripada peniaga.
Ya, anda boleh. Sila pastikan bahawa Akaun GoPayz anda mempunyai dana yang mencukupi untuk ditolak pada masa transaksi debit automatik tersebut. Sila ambil perhatian bahawa tarikh/masa transaksi akan berbeza kerana ianya dimulakan oleh peniaga.
Sekiranya anda tidak menerima barang dagangan yang anda beli dalam talian, anda boleh menghantar permintaan pertikaian menyatakan sebab pertikaian tersebut dan lampirkan semua dokumen yang relevan termasuk resit pembelian anda. Kami akan menjalankan siasatan yang diperlukan dan maklumkan kepada anda hasil siasatan kami.
Ini adalah proses pra-kebenaran yang biasa untuk semua kad kredit/debit termasuk Kad GoPayz, apabila anda membayar menerusi mana-mana kiosk layan diri di sesebuah stesen minyak. Anda akan melihat caj sementara RM200 atau lain-lain amaun yang dikenakan oleh syarikat petrol tersebut untuk menampung jumlah petrol yang boleh diisi di dalam kenderaan anda.
Â
Ini adalah pegangan pra-kebenaran dan ianya hanya berlaku apabila pemegang kad membayar petrol di kiosk layan diri. Ianya digunakan untuk mengesahkan bahawa kad tersebut aktif dan mempunyai kredit yang mencukupi sebelum transaksi tersebut dilakukan.
Â
Walaubagaimanapun, amaun pra-kebenaran ini tidak akan dicaj atau didebitkan ke dalam Akaun GoPayz anda. Baki yang ada di dalam Akaun GoPayz anda akan dikurangkan sementara waktu sepadan dengan amaun pra-kebenaran ini sehingga anda selesai mengisi minyak.
Â
Sebaik sahaja anda selesai mengisi minyak dan pada masa ini, jumlah sebenar yang patut dibayar untuk petrol yang dikeluarkan akan didebitkan ke Akaun GoPayz anda dan amaun pra-kebenaran yang ditanggung pada awalnya akan dipadamkan.
Â
Untuk mengelakkan daripada pegangan pra-kebenaran di kiosk petrol layan diri, anda hanya perlu membayar di kaunter juruwang, di mana jumlah pembelian sebenar akan ditolak daripada Akaun GoPayz anda.
Buat masa ini, anda tidak perlu untuk mengekalkan sebarang baki minimum dalam Akaun GoPayz anda. Oleh itu, anda boleh menggunakan jumlah penuh dalam Akaun GoPayz anda.
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}